Monday 5 November 2012

Kek Coklat Lapis Krim Keju







Kek ni memang ump!! pinjam ayat kak Permata Sari.Resepi pun saya dapat dari blog beliau.

Dah lama ambik resepini sebenarnya..bila nak buat carik strawbery asyik takde je.Last-last buat jelah tanpa strawberry memang sedap kek ni buat sebiji sekejap je habis....Kalau nak tahu macam mana rasanya kenala buat sendiri. Resepi dah ade, terima kasih kak Sari, memang berbaloi buat kek ni apa lagi kalau letak strawbery kat atas coklat ganache yang meleleh tu.


Bahan-bahan Adunan Kek Coklat:
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla

2 sudu besar serbuk koko
sedikit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* (* ayak bersama)


Cara Membuatnya:
Pukul telur dan gula halus hingga sebati, kemudian masukkan yang lain-lain mengikut turutan bahan di atas. Selepas siap bahagi dua adunan. Sementara itu panaskan kukusan. Tutup/ balut tudung pengukus dengan kain atau tuala.


Bahan-bahan Krim Keju:
250gm cream cheese
60gm gula
1 biji telur
25 ml air biasa
1 sudu besar tepung gandum


Cara Membuatnya:
Pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan bahan di
atas. Pukul hingga sebati.


Cara Melapis:
1. Alas loyang dengan kertas minyak atau kertas biasa (Sapu loyang dengan mentega). Masukkan loyang dalam periuk kukusan supaya adunan tidak bergerak. Tuangkan separuh adunan kek coklat tadi, kukus 15 minit.2. Selepas 15 minit, tuang adunan krim keju, kukus lagi 15 minit.3. Selepas 15 minit, tuang adunan kek coklat yang lagi separuh tu, kukus 20 minit. Biarkan sejuk sebelum dituang dengan coklat ganache.


Bahan Coklat Ganache:
2 sudu besar 'heavy krim'
*150 gm coklat masakan
*sedikit mentega (supaya coklat berkilat)
** masak semua bahan menggunakan teknik double boil, sejukkan pada suhu bilik baru tuang di atas kek yang telah disejukkan.


Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah

No comments:

Post a Comment