Monday 5 November 2012

Kek Coklat Lapis Krim Keju







Kek ni memang ump!! pinjam ayat kak Permata Sari.Resepi pun saya dapat dari blog beliau.

Dah lama ambik resepini sebenarnya..bila nak buat carik strawbery asyik takde je.Last-last buat jelah tanpa strawberry memang sedap kek ni buat sebiji sekejap je habis....Kalau nak tahu macam mana rasanya kenala buat sendiri. Resepi dah ade, terima kasih kak Sari, memang berbaloi buat kek ni apa lagi kalau letak strawbery kat atas coklat ganache yang meleleh tu.


Bahan-bahan Adunan Kek Coklat:
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla

2 sudu besar serbuk koko
sedikit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* (* ayak bersama)


Cara Membuatnya:
Pukul telur dan gula halus hingga sebati, kemudian masukkan yang lain-lain mengikut turutan bahan di atas. Selepas siap bahagi dua adunan. Sementara itu panaskan kukusan. Tutup/ balut tudung pengukus dengan kain atau tuala.


Bahan-bahan Krim Keju:
250gm cream cheese
60gm gula
1 biji telur
25 ml air biasa
1 sudu besar tepung gandum


Cara Membuatnya:
Pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan bahan di
atas. Pukul hingga sebati.


Cara Melapis:
1. Alas loyang dengan kertas minyak atau kertas biasa (Sapu loyang dengan mentega). Masukkan loyang dalam periuk kukusan supaya adunan tidak bergerak. Tuangkan separuh adunan kek coklat tadi, kukus 15 minit.2. Selepas 15 minit, tuang adunan krim keju, kukus lagi 15 minit.3. Selepas 15 minit, tuang adunan kek coklat yang lagi separuh tu, kukus 20 minit. Biarkan sejuk sebelum dituang dengan coklat ganache.


Bahan Coklat Ganache:
2 sudu besar 'heavy krim'
*150 gm coklat masakan
*sedikit mentega (supaya coklat berkilat)
** masak semua bahan menggunakan teknik double boil, sejukkan pada suhu bilik baru tuang di atas kek yang telah disejukkan.


Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah

Dapat Anak Buah Baru




Anak buah baru Muhamad Harith


Terujanya Sarah dengan Muhamad Harith...suka sangat dia melayan karenah sikecik yang qute ni.Pantang dengar bunyi kucing mengiau, mulalah tersenyum-senyum.Hobi dia suka berangan sorang-sorang.Cita-cita nak jadi Dr. haiwan macam abang dia Along Shahmi

Kalau ikutkan Sarah jugak akan mendapat adik pada 9/11/2012 namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya...apa yang berlaku ada hikmahnya.Redha dengan takdirnya itu yang terbaik dan bersyukur dengan apa yang ada. Dengan kehadiran Harith ni sikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sedih kami sekeluarga...menumpang kasih dengan Harith jela..



Harith dijaga oleh Tok ketika uminya bekerja, semoga jadi anak soleh ye Harith, jangan nakal-nakal nanti kakak babap.Kalau ikut hati nak je Sarah bawak balik si Harith tapi abahnya tak kasi.Takpela kalau balik kampung nanti bolehlah kakak main dengan dia.


.

Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah

Birthday Puteriku Nur Aiena Maisarah



Selamat Hari Lahir Puteriku Nur Aiena Maisarah





Sedar tak sedar genap 7 tahun umur puteriku yang tercinta.Semoga jadi anak solehah,berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat dengan apa yang dicita-citakan dan dipanjangkan usia dengan penuh keberkatan.amin.

Teringat balik cerita betapa sukarnya nak mendapat cahayamata yang kedua ni selepas menunggu selama 7tahun.Macam-macam usaha dilakukan puas bermunajat padaNya.termasuklah makan ubat Homeopaty selama 3 tahun yang diambil dengan Dr. Hasan dikomplek PKNS Bangi. Setelah penat berusaha Dr hospital cadangkan buat IUI saja...clomith dah 2 kali ambil takjadi jugak.Kebetulan ada makcik yang nak pergi umrah maka doa pun dikirim supaya dapat mengandung cahayamata perempuan.Alhamdulilah doa aku dikabulkan oleh DIA yang maha berkuasa atas setiap sesuatu.Rasa bersyukur sesangat dengan anugerahnya.Terima kasih Ya Rabb.




Semoga anakku ini berjaya menjadi seorang pendidik seperti yang dicita-citakan.Insyaallah.
Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah