Wednesday 25 December 2013

sarah bisnes

tempahan nasi lemak ikan masin 




tempahan kek red velvet 2kg








Tempahan kek coklat brownies -2kg




tempahan pelbagai jenis roti

-roti sosej
-roti boy
-roti sandwich
-roti burger



Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah



Tempahan mee goreng tadika untuk 200 pack




Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah

Sunday 24 November 2013

Barbie Doll Kek


Barbie Doll kek

Kek Barbie ni first time dibuat untuk hari lahir anak buah saya Nurin Batrisyia menggunakan kek span vanilla resepi dari seorang kawan Cikgu Jue Nida, krimnya pula menggunakan buttercream yang agak sedap dan digemari oleh budak-budak resepi dari Chef Noraini yang saya dapat dari majalah NUR.Hasil creativity Ucu barbie tu pakai glove, nampak kelainannya disitu qute jugak Barbie ni.Alkisahnya Ucu dengan anak-anak buah memang suka sangat dengan Barbie Doll maklumlah dulu mattel kan produce anak patung tu.

Suka sangat 3sepupuni dapat kek Barbie, besday girl tu yang tengah-tengah tu tapi lagi 2 orang Sarah dengan Wisya excited nak tolong potong kek tu.Biasalah budak-budak kan.Masa kita dolu tak merasa pun potong-potong kek harijadi ni maklumlah adik beradik ramai...

Anyway tumpang gembira dengan anak buah Nurin yang suka sangat dapat kek Barbie ni.disamping rasa teruja dapat membuatnya tak sangka creatif jugak saya rupa-rupanya.




Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah

Saturday 23 November 2013

Bengkang Ubi Kayu



Bengkang Ubi Kayu
Sumber : Kak An blog Periuktanah

Saya memang tak boleh tengok bengkang ubi kayu, ni salah satu kuih kegemaran saya walaupun nak memarutnya mengambil masa yang agak lama tapi berbaloi bila memakannya.Kalau nak dapatkan bengkang yang sedap ikutje resepi Kak An ni macam yg saya buat cukup lembut, lemak dan manisnya.Saya sendiri dah berapa kali buat tak jemu lansung memakannya.


4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa

1 cawan gula pasir

1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning


Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah.Bakar bengkang selama 1jam-1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5jam sebelum dipotong dan dihidang.

Selamat Mencuba kepada semua.
Terima Kasih Singgah Blog Aiena Maisarah